19 Tempat Menarik di Kuching!


Taman Negara Bako
Taman Negara terkecil di Asia Tenggara tetapi yang tertua di Sarawak ini dikatakan unik kerana ia menyimpan hampir semua spesis tumbuhan Borneo.
Di sini anda bakal melihat pelbagai haiwan liar seperti babi hutan, monyet proboscis (atau dipanggil monyet belanda berhidung besar yang hanya ada di Borneo), 150 spesis burung dan haiwan kecil seperti sang kancil serta dapat melihat kawasan laut, pantai, bukit, air terjun dan paya bakau di dalam satu taman negara.
Ada 16 laluan denai di sini. Jadi anda boleh memilih trek berdasarkan keupayaan anda atau masa yang anda ada.


BORNEO HIGHLAND
Borneo Highland. Salah satu resort mesra alam yang paling menarik dan unik. Terkepung di dalam hutan yang subur dan meringkuk dalam bukit 1000 meter di atas paras laut, ia adalah tempat percutian yang seumpamanya, yang menawarkan kelab keahlian eksklusif dan pembangunan kediaman yang unik dengan mewujudkan tempat perlindungan kesihatan untuk anda untuk berundur ke dalam rantau ini.

Terletak di tengah-tengah keindahan alam semula jadi tidak disentuh hutan hujan tropika yang subur, syurga kecil ini adalah tempat percutian yang sempurna di mana seseorang boleh melarikan diri dari kehidupan bandar yang sibuk. Bersembunyi di dalam semula jadi sekitaran kaya dengan flora dan fauna yang unik dan berada dalam ketenangan yang santai iaitu BORNEO HIGHLANDS RESORT.

Duduk di atas dataran tinggi gunung, 1000 meter di atas paras laut, di Banjaran Penrissen di kalangan hutan hujan tertua dan kedua terbesar di dunia, BORNEO HIGHLANDS RESORT menawarkan pelbagai tarikan, dari Jungle Spa mempesonakan untuk yang menakjubkan Hornbill Golf Course. Para tetamu boleh menikmati udara gunung yang sejuk, dengan suhu antara 18 dan 28 darjah Celsius sepanjang tahun, manakala terlibat dalam Annah Rais Café yang menyajikan masakan yang sihat dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan herba yang ditanam di ladang organik di resort sendiri.


JONG CROCODILE FARM 
Jong Crocodile Farm merupakan taman buaya  yang terbesar dan pertama yang terdapat di Malaysia. Taman Buaya ini terletak 29KM daripada bandar Kuching mengambil masa 25-30 minit perjalanan.

Selain daripada buaya pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai haiwan lain seperti sun bear, khinzir hutan,monyet, merak dan sebagainya. Taman Buaya ini dibuka pada setiap hari isnin sehingga ahad dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Opening&Feeding Hours adalah pada setiap hari pada pukul 9.00AM & 3PM.


KEK LAPIS SARAWAK
DULU pembuatan kek lapis hanyalah hobi biasa di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita Melayu yang bertungkus lumus menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri. Namun pada dekad 1990-an, kek lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang pasti membeli kek itu sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang.

Kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap namun pejal.
Tidak dinafikan ia juga versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan saja untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ‘ole-ole’.

Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun juadah itu mula diperkenal serta mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an.
Sejak itu, kek lapis kian sinonim dengan Sarawak, malah kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik.

Setelah 30 tahun berlalu, kek lapis Sarawak semakin popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah menerima banyak tempahan dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura.

Source: http://keklapisalia.blogspot.my/p/menyingkap-sejarah-kek-lapis-sarawak.html

Antara tempat untuk menempah Kek Lapis yang popular di Sarawak adalah:

1. Kek Lapis Dayang Salhah - http://keklapisdayangsalhah.net/
2. Mira Cake House - http://miracakehouse.com/
3. Mariam Cake -  http://www.keklapissarawak.com/
4. Asma Cake House - http://asmacakehouse.weebly.com/asma-cake-house.html


PASU SARAWAK
Pasu Sarawak adalah hasil kraf yang membawa kembali tamadun manusia yang berusia 1,000 tahun Sebelum Masehi yang menggunakan tangan dalam membuat peralatan memasak dan kegunaan rumah tangga.

Namun, perubahan demi perubahan kepada seni kerja tangan seramik Sarawak ini telah terbukti berjaya menggamit hati peminatnya. Inilah salah satu produk yang wajib dibawa balik sebagai cenderamata sekiranya pergi ke Sarawak.

Penemuan pasu Iban di Gua Niah, Sarawak, membuktikan kerja tangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau. Antara kaum pribumi yang mewarisi kerja tangan ini adalah orang Iban.

Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Kini pasu-pasu itu bukan sahaja dijadikan bekas minuman tetapi telah dipelbagaikan kepada barangan hiasan dalaman seperti lampu sisi, bekas payung, pasu bunga, bekas pot puri, tempat habuk rokok dan sebagainya

Artikel Penuh: 
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0407&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm#ixzz3ytJdj6pi 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


TAMAN NEGARA KUBAH
Taman Negara Kubah. Seluas 5500 ekar persegi Taman Negara Kubah terdiri daripada hutan hujan Borneo yang meliputi Banjaran Matang di mana Gunung Serapi ialah ialah puncaknya yang tertinggi. Nama Kubah adalah bersempena kepada Gunung Serapi yang berbentuk seperti kubah. Ketika cuaca terang, Gunung Serapi ini dapat dilihat dengan jelas dari Kuching Waterfront. Sebenarnya Taman Negara Kubah hanya terletak 20 kilometer dari Kuching.

Sebahagian dari Taman Negara Kubah iaitu di sebelah barat ialah Pusat Hidupan Liar Matang yang meliputi kawasan seluas 440 ekar persegi. Pusat ini menempatkan haiwan seperti rusa sambar, buaya, musang civet, beruang matahari, landak, binturong, siamang dan oran utan. Haiwan-haiwan di sini disimpan dalam kurungan tetapi tidak seperti zoo, kurungan haiwan ini terletak di dalam kawasan hutan semulajadi yang sama seperti habitat asal haiwan ini. Taman Negara ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Sarawak. Fasiliti yang terdapat termasuklah kediaman, kemudahan untuk melakukan penyelidikan dan pendidikan. Kerana keduduknnya yang hamper dengan bandaraya Kuching tempat ini sesuai untuk lawatan harian. Terutamanya bagi pelawat yang ingin melihat haiwan di Pusat Hidupan Liar Matang



MUZIUM TEKSTIL KUCHING
Muzium Tekstil yang dibuka kepada orang ramai dalam bulan Ogos 2000. Senibina bangunan adalah campuran Renaissance Inggeris dan Penjajah British. Rekabentuknya membujur panjang dan mempunyai tiga tingkat serta beratapkan konkrit rata. Bangunan ini mempunyai dua tangga yang diperbuat daripada kayu yang diukir.

Ia telah dibina dalam tahun 1907 sebagai Pusat Perubatan dan kemudiannya dijadikan sebagai pejabat Jabatan Pendidikan. Muzium Tekstil ini menyimpan dan mempamerkan tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik masyarakat Sarawak. Antaranya ialah Pua Kumbu masyarakat Iban dan Kain Songket Melayu Sarawak.

Konsep pameran akan menunjukkan proses tekstil itu dihasilkan dari penyediaan benang, bertenun sehingga ianya siap menjadi sehelai kain. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada pelawat untuk berinteraksi dengan bahan pameran selain dari media ‘touch on’ yang di sediakan.


MUZIUM CINA
Muzium Sejarah Cina terletak di Waterfront berhadapan Kuil Tua Pek Kong. Disini terdapat jejak sejarah masyarakat Cina di Sarawak. Antara catatan sejarah yang dipamerkan adalah seperti laluan-laluan perniagaan awal, penghijrahan awal dari pelbagai rantau China, taburan geografi, peneroka-peneroka awal, aktiviti-aktiviti perdagangan tradisional, pembentukan industry perdagangan dan persatuan-persatuan komuniti, sejarah politik dan penglibatan masayarakat Cina di dalam era moden berbilang kaum negeri Sarawak.



MUZIUM SARAWAK
Muzium Sarawak (bangunan lama) di dirikan pada tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di negeri Sarawak pada masa 
tersebut. 

Sejak ianya dibina, bangunan telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaik. Rekabentuknya yang menbujur dan mempunyai dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina memgikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas.

Semasa zaman pemerintahan jepun, muzium ini telah diletak dibawah jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian yang berlaku.

Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan specimen fauna Sarawak, seperti reptilian, mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Tingkat atas pula bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.

Muzium Tekstil ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00 pagi - 4.45 petang. Manakala Sabtu, Ahad dan Cuti umum di buka jam 10 pagi hingga 4 petang.


MEDAN NIAGA SATOK
Pasar Minggu Satok pada dahulunya terletak di bahagian satok kini sudha berpindha ke bangunan yang lebih komplex di Jalan Matang, boleh nampak dari jambatan satok. 
Medan Niaga Staok yang baharu ini telah beroperasi sejak 2013.
Pasar Minggu Satok beroperasi pada setiap Sabtu dan Ahad. Terdapat pelabagai barangan yang dijual di pasar minggu ini seperti sayur, buah-buahan, kraftangan, makanan tempatan dan sebagainya.

Masa yang paling sesuai untuk pergi ke pasar minggu ini adalah malam sabtu dan ahad pagi, di mana boleh merasa kemeriahan di pasar tersebut. Berhadapan dengan pasar minggu ini adalah Kubah Ria dan sungai sarawak.

Di Medan Niaga Satok ini juga menjadi tumpuan pelancong yang nak membeli ikan terubok dan kraftangan, harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan tidaklah terlalu mahal. Malahan, pelancong juga boleh melakukakn tawar menawar dengan peniaga di sini untuk mendapatkan harga yang terbaik.

Dalam pada itu, di sini juga disediakan atm machine dan terdapat pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan yang memuaskan selepas membeli belah bolehlah singgah untuk berehat di gerai gerai makanan yang disediakan.


SARAWAK CULTURAL VILLAGE
Sarawak Cultural Village terletak 35km daripada bandar Kuching(45 minit perjalanan) dan juga di kaki gunung santubong. Di sini pelawat boleh melihat dan mempelajari pelbagai budaya dan etnik yang terdapat di Sarawak.

Antara tempat tinggal yang berdekatan dengan SCV adalah Damai Beeach Resort, Damai Puri dan Permai Rainforest.

Entrance Fee untuk memasuki SCV ini RM60.00 dewasa dan RM30.00 kanak-kanak berumur 6-12 tahun.Tiket boleh dibeli di kaunter apabila pelawat tiba di sana ataupun daripada travel agensi seperti Bestway Tours.

Terdapat 2 kali persembahan kebudayaan diadakan iaitu pada jam 1130 pagi dan 4.00 petang selama 45 minit.

DAMAI CENTRAL
Damai Central. Terletak di kawasan seluas 4 ekar di tepi Laut China Selatan dan ikon pelancongan bertentangan Sarawak, Kampung Budaya Sarawak, Damai Central menjurus ke arah menyediakan sebuah tempat yang menarik untuk percutian dan pelawat, penduduk tempatan dan pelancong.

Damai Central adalah sesuai untuk mengadakan aktiviti perayaan dan acara-acara seperti pameran, konsert, karnival, sukan, korporat dan fungsi bertema. Kompleks ini menempatkan satu arena terbuka, terbuka peringkat, dewan serba guna, surau, persalinan dan pancuran bilik, dan medan selera di mana kebanyakan gerai-gerai makanan dan minuman yang telah dibuka untuk perniagaan. Terdapat juga restoran dan kedai makanan dan minuman lain, beberapa pemandangan indah Laut China Selatan, kedai runcit seperti kedai, pusat refleksologi dan salon kecantikan untuk kemudahan dan keseronokan pengunjung. Sebuah pusat pelawat akan ditubuhkan untuk lawatan persekitaran dan penyewaan kemudahan rekreasi di kalangan orang lain.

Selain menjaga kompleks bersih dan selamat untuk pengunjung, pihak pengurusan kompleks akan menganjurkan aktiviti dan bekerja dengan penyewa dan penganjur acara lain untuk menampung keluarga dan generasi muda, untuk kedua-dua pelancong dan penduduk tempatan.


SEMENGGOH ORANG UTAN
Pusat yang dibina pada 1920 ini sebenarnya bukan khusus untuk orang utan tetapi adalah tempat rawatan lebih 1,000 ekor haiwan liar. Tetapi oleh kerana ianya cukup berjaya memulihara orang utan, tempat ini sinonim dengan haiwan itu.

Orang utan yang telah dipulihara dilepaskan ke hutan di sekitar kawasan ini dan haiwan-haiwan separa liar ini kerap kembali ke Semenggoh untuk makan dua kali sehari. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk anda datang untuk melihat orang utan jantan yang beratnya melebihi 100kg makan di atas pokok bersama-sama orang utan betina dan bayi-bayi mereka.

Menariknya orang utan di sini mempunyai nama seperti manusia. Jadi jangan terkejut bila Delima atau Salina dipanggil turun dari pokok tinggi untuk diberi makan.Selain melihat orang utan, anda boleh merasa dingin hutan dan mendengar bunyi unggas dengan berjalan melalui 5 denai dan laluan berkayu yang disediakan di sini. Perjalanan denai ini mengambil masa 5 ke 30 minit untuk dihabiskan.

Source: http://www.jomjalan.com.my/listing/pusat-hidupan-liar-semenggoh/

Entrance tiket nya adalah dalam RM5.00-RM6.00 seorang dan feeding time nya dilakukan 2 kali sehari iaitu pukul 9 pagi dan pukul 3 petang.

 Masa yang sesuai untuk datang melihat orang utan ada;lah pada pertengahan tahun. Namun jika pelawat datang pada bulan november atau disember amat susah untuk melihat orang utan kerana masa tersebut merupakan musim buah, orang utan tidak keluar untuk makan malahan mencari makanan dengan sendiri.


SERIKIN
Pasar Serikin terletak di Kampung Serikin Jagoi, Bau hanya buka pada hujung minggu sabtu dan ahad. Tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong selain daripad keunikannya sebagai border di antara malaysia dan indonesia, di sini juga terdapat pelbagai barangan yang menarik untuk dibeli seperti tikar sarawak.

Perjalanan ke Pasar Serikin ini mengambil masa lebih kurang 45minit ke 1 jam bergantung kepada keadaan trafik. 

Kebanyakan gerai yang terdapat di Pasar Serikin ini diuruskan oleh peniaga Indonesia yang akan ke Pasar Serikin setiap jumaat petang untuk membuat persediaan bagi keesokan harinya. Harga barangan yang ditawarkan di sini juga berpatutan sangat sesuai untuk membeli-belah kalau datang ke Kuching.


SARAWAK RIVER CRUISE
Sarawak River Cruise merupakan salah satu tarikan utaa di bandar Kuching di mana para pelawat boleh menaiki river cruise ini dengan harga RM60.00(ADULT) dan RM 30.00(CHILD)  pada setiap hari pada pukul 5.30 petang hingga 7 malam.

Perjalan mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Di atas cruise ini nanti para pelawat akan dihidangkan dengan refreshment seperti orange juice dan kek lapis sarawak dan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan negeri Sarawak.

Di samping itu, para pelawat juga dapat menikmati pemandangan di sepanjang sungai Sarawak berlatar belakangkan narration daripada pihak anak kapal yang menerangkan serba sedikit tentang tarikan utama di negara sarawak yang dapat dilihat di sepanjang sungai.

Bestway Tours juga menawarkan perkhidmatan ini di dalam pakej pakej tour kami, kalau nak datang Kuching, bolehlah menggunakan perkhidmatan kami.


MUZIUM 3D KUCHING (THE BORNEO HOUSE MUZIUM)
Muzium 3D yang pertama di Kuching, Sarawak ini terletak di Jalan Batu 6-7 Penrissen. Ia adalah muzium 3D interaktif dan pendidikan dan baru sahaja di buka pada tahun 2016.
Muzium 3D ini membawa anda kepada gambaran 3D interaktif dalam sarawak 'nature', warisan negeri Sarawak, dan makanan ikon di Sarawak.

Yang menariknya, setiap pengunjung berpeluang menjadi sebagai pelakon, pengarah dan jurugambar apabila berkunjung di sini.


MUZIUM KUCING
Muzium Kucing terletak di bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Ia dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat 2000 pameran, artifak, tugu mengenai kucing dari seluruh dunia. Menurut kepercayaan penduduk tempatan dan orang Cina, kucing adalah haiwan bertuah.

idea membina muzium kucing itu diilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan isterinya Laila Taib.

Muzium ini meliputi kawasan seluas 1,035.9 meter persegi di atas bukit yang dipanggil 'Bukit Siol' yang terletak 60 meter di atas paras laut dengan pemandangan bandaraya Kuching yang cantik.

Muzium Kucing bertanggungjawab menjalankan kajian, pengumpulan, pembentangan, dokumentasi, promosi, penerbitan, pendidikan dan kesedaran mengenai tinggalan bersejarah, budaya dan persekitaran semula jadi.

Source: http://www.malaysia.travel/ms-my/my/places/states-of-malaysia/sarawak/cat-museum


MONUMEN KUCING
Tempat di sepanjang jalan di Waterfront Kuching, anda akan bertemu dengan kucing besar. Tidak sah anda ke Kuching, tanpa bergambar pulang bersama kucing besar ini!


MATANG WILDLIFE CENTRE
Salah satu tempat Air Terjun di Kuching!
Taman Negara Kubah. Seluas 5500 ekar persegi Taman Negara Kubah terdiri daripada hutan hujan Borneo yang meliputi Banjaran Matang di mana Gunung Serapi ialah ialah puncaknya yang tertinggi. Nama Kubah adalah bersempena kepada Gunung Serapi yang berbentuk seperti kubah. Ketika cuaca terang, Gunung Serapi ini dapat dilihat dengan jelas dari Kuching Waterfront. Sebenarnya Taman Negara Kubah hanya terletak 20 kilometer dari Kuching.

Sebahagian dari Taman Negara Kubah iaitu di sebelah barat ialah Pusat Hidupan Liar Matang yang meliputi kawasan seluas 440 ekar persegi. Pusat ini menempatkan haiwan seperti rusa sambar, buaya, musang civet, beruang matahari, landak, binturong, siamang dan oran utan. Haiwan-haiwan di sini disimpan dalam kurungan tetapi tidak seperti zoo, kurungan haiwan ini terletak di dalam kawasan hutan semulajadi yang sama seperti habitat asal haiwan ini.

Taman Negara ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Sarawak. Fasiliti yang terdapat termasuklah kediaman, kemudahan untuk melakukan penyelidikan dan pendidikan. Kerana keduduknnya yang hamper dengan bandaraya Kuching tempat ini sesuai untuk lawatan harian. Terutamanya bagi pelawat yang ingin melihat haiwan di Pusat Hidupan Liar Matang

Post a Comment

My Instagram

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes