Home UMRAH Adakah kita TetamuNya?
Adakah kita TetamuNya?
BestwayXCentre September 19, 2019 0
BAHAGIAN I
Cerita ini bagai mimpi di siang hari.
Impian ini, bukan di impikan semalam, atau beberapa bulan, impian ini sudah di datangi ketika remaja lagi, puluhan tahun dahulu.
Setiap kali eid adha, akan ada rancangan televisyen menyiarkan secara langsung 'live di Makkah'. Ketika itu, perasaan berbaur sedih, melihat kaabah, hiba dan merindui untuk kesana. Setiap kali eid adha, begitulah kerinduan untuk ke Makkah Mukaramah. Air mata pasti mengalir melihat kaabah waima di dalam televisyen.
Alhamdulillah, Allah izinkan untuk menjadi tetamuNya dalam keadaan yang tidak kita sangka-sangka.
(Bersama Ust Wan Yunus, Fadly Hasbi dan saya sendiri, petang ini, semua kami merasakan cerita ini bagaikan mimpi)
Hendak di ceritakan, CEO Zayyan Travel & Tours Sdn Bhd, menelefon saya pagi,menanya khabar, dan bertanya kepada saya, jika nak 'join' trip umrah pada 19 Oct 2018 ini. Terus terang, kelu lidah saya untuk berkata-kata, dalam perbualan pendek setelah meletak telefon, seolah-olah saya bermimpi di siang hari. Saya memberitahu, hendak berbincang dengan isteri dahulu, malam ini akan memberikan jawapan, dalam hati memang amat bersyukur dan takkan nak lepaskan peluang ini begitu sahaja.
Alhamdulillah, sebelum maghrib, sudah ada keputusan, isteri tiada masalah membenarkan untuk ke umrah, pengorbanan dia, ibu ayah mertua dan ibu ayah saya sendiri tidak akan terkira.
(gambar ini di ambil di tingkat atas sekali Masjidil Haram)
Betul, Allah makbulkan doa saya, nikmat yang Allah berikan ini terlalu banyak, setelah dalam masa 2 minggu, akan menunaikan umrah, dalam tempoh itu, setiap hari saya berdoa, ya Allah, izinkan hambaMu menjadi tetamuMu, setiap hari saya ingatkan doa ini, betul-betul saya rasakan kita hendak menunaikan umrah, atas jemputan Allah SWT, di panggil oleh Allah d Baitullah.
Selang masa berjalan menghampiri 19 October 2018, saya senantiasa masih membaca doa tersebut, bermohon Allah permudahkan urusan dan menjemput kami ke Baitullah. Sampai di KLIA, dengan pakaian ihram, tidak berhenti-henti dalam hati saya berdoa.
(Walaupun sudah ada tiket, hati saya senantiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan mengizinkan saya menjadi tetamuNya)
Seterusnya naik penerbangan Saudi Arabia, 8 jam perjalanan, masih juga hati ini berdoa dan terus berdoa.
(Gambar kenangan kami di KLIA, sebelum berangkat ke Jeddah)
Sampai menghampiri Makkah, kami singgah ke hotel menurunkan barang dan terus ke Kaabah, tidak dapat di gambarkan perasaan kami, pertama kali melihat kaabah, sesuatu yang di impikan semasa remaja lagi, di bumi yang barakah ini, di bumi yang makbul doanya, di bumi yang merupakan letaknya kiblat orang Islam, bumi yang mencatitkan sejarah tamadun manusia, bumi yang mengisahkan tentang furqan, dan bumi yang menyaksikan tauhid hanya untuk Allah, yang esa dan tidak beranak dan di peranakkan.
(Berihram, dalam perjalanan ke Makkah)
Alhamdulillah, ini bahagian pertama kisah saya menunaikan umrah, cukup sekadar ini dahulu, inshAllah akan sambung di bahagian kedua. Teruslah kita berdoa, agar Allah menjemput kita ke Baitullah, siang dan malam, inshAllah.
Bahtiar b Hj Mahidin
(Menunaikan Umrah & Ziarah pada 19-29 October 2018 bersama Zayyan Travel & Tours Sdn Bhd, rakan Marketing di Sarawak Bestway Tours & Travel Sdn Bhd, whatsapp kami di www.wasap.my/60134462377 untuk umrah bersama kami)
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment