Teluk Melano, Destinasi 'Tersembunyi' Di Sarawak.

(Artikel di tulis pada 5 Febuari 2019 di Kampung Teluk Serabang)

Teluk Melano Umpama Destinasi Tersembunyi Di Sarawak.

Hari ini berpeluang bertandang ke Teluk Melano sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, sebenarnya perjalanan ini di rancang secara 'koboi' style, kita pergi pagi, jika ada tempat menginap, kita inap semalam, jika tiada kita balik petang. Kerana style koboi tadi, bawalah apa yang patut jika menginap sebagai persediaan.

Ini bukan kali pertama style koboi ini, dulu semasa ke Lundu Sematan pun begini, kerana kami tahu tempat menginap semuanya penuh dan tidak mampu menampung permintaan orang datang dari Kuching dan Samarahan. Apalagi jika cuti umum begini. 

Hujan sedikit dalam perjalanan ke Teluk Melano

Kami memulakan perjalanan jam 9.30 pagi dari Kuching, tanpa berhenti, laluan melalui jalan Lundu amat tidak berapa selesa (kerana jalanraya banyak di tampal dan pecah) sehinggalah kami tiba di Sematan dan seterusnya simpang menuju ke Teluk Melano. Sampai di Teluk Melano jam 12.30 tgh hari. Lama juga ya...ya sebab hari ini banyak kereta dari Kuching turun ke Teluk Melano, menyebabkan sedikit kelewatan dan trafik. 

Apabila hujung minggu atau cuti umum, orang Kuching akan ke Lundu, Sematan dan Teluk Melano, manakala orang dari sini pula akan ke Kuching. Orang Kuching datang untuk menikmati alam, jauh dari hiruk pikuk kota sedangkan orang Sematan, Lundu ke Kuching untuk membeli belah dan 'berkota' di Bandaraya Kuching. Begitu ironinya kehidupan kita di bandar dan di 'bukan bandar', sebenarnya satu sentuhan magnet yang baik untuk industri pelancongan tempatan.



Berbalik kepada cerita Teluk Melano, jalanraya yang siap adalah sebahagian dari Projek Pan Borneo di bawah kerajaan persekutuan. Jalannya lancar dan cantik, malah jalan ini lebih baik dari jalanraya di Taman Malihah, Matang! Namun, itu bukanlah yang saya nak 'higlight'kan, ada sesuatu yang saya ingin kongsikan kepada semua tentang Teluk Melano. Sepanjang perjalanan, kehijauan merentasi perjalanan kami sampai ke hujung pantai Teluk Melano, kehijauan rumput yang di tanam di sepanjang jalan utama, selain pokok-pokok hutan, memberikan nuansa positif terhadap pemandangan alam. Di beberapa simpang, jika kita melihat dengan mata hati, terserlah 'keayuan' alam seperti kita berada bukan di negeri Sarawak! 

 Keindahan muka bumi Teluk Melano dan pemandangannya tidak dapat di nafikan.




Wah, betapa Sarawak memiliki keindahan hutannya yang menghijau, mungkin sebab cuaca di Teluk Melano ini di kawasan bukit, bagus untuk tanaman pokok sehingga tarikan pemandangan ini amat bernilai sekali.

Malah kawasan ini di gazetkan sebagai Hutan Hidupan Liar, suatu inisatif yang baik oleh pihak kerajaan, memulihara hutan simpan dan mengembalikan 'keayuan'nya.

Baik, berbalik cerita kita, setelah sampai di Teluk Melano, bukan sedikit kereta dan motosikal yang meluru ke sini, entah benar, hari ini di catatkan ribuan datang ke sini hari ini, dan kami datang pun sudah trafik ketika hendak menuju ke pantai. 




Panas terik singgah ke wajah, seterik halwa kerongkong kami yang inginkan air. Kami meletak kereta di jalanan seperti kebanyakkan tamu yang datang, turun sekejap melihat pantai, namun di sebabkan perjalanan jauh, kami mencari tandas. Malangnya tandas tidak banyak, dan barisannya panjang. Sayup-sayup kedengaran ' air takde...'Faham lah kami air takde di dalam tandas, lalu kami membatalkan niat ke tandas. Kami menapak melihat kawasan sekitar dalam keadaan panas mentari dan ramainya manusia, kami memutuskan untuk ke Kampung Teluk Serabang (semasa kami lalu tadi ada simpang ke Kpg Teluk Serabang), mencari surau untuk solat dan membuang hajat. Di sini mulai cerita hari ini, dan menyebabkan cerita ini panjang. Perlukah di habis cerita ini tanpa episod?

                                   Kereta sesak ketika kami tiba di Telok Melano




Baik kita habiskan di sini ye....Sampai di Kpg Serabang, di sini pun ada pantai, bersambung dengan Pantai Teluk Melano, cuma jajarannya tidak panjang tetapi mempunyai guesthouse style bilik untuk menginap. Di guesthouse ini tertera nombor telefon, ada 2 nombor, kami menelefon nombor pertama, jawapan yang kami terima seumpama "sila telefon no satu lagi, sebab saya pun tak tahu ada kosong tak bilik". Lalu kami pun menelefon no kedua, di jawab dengan ramah, dan hasilnya ada satu sahaja bilik yang kosong, dan bilik inilah yang memanjangkan cerita kami di Teluk Melano, Sarawak!

 
Di Guesthouse Teluk Serabang


Baik, sebelum kami sambung keesokan ceritanya, kami ingin berkongsi dengan anda semua, apa yang 'best' sangat di sini.

1. Teluk Melano, pantainya masih asli, dan keindahannya terpelihara kerana jarang manusia ke sini, airnya membiru.

2. Kehijauan di sini umpama 'baby' hutan yang baru lahir.

3. Ramai juga penjual makanan dan minuman di sini, namun masih belum cukup menampung ramainya orang hari ini.

4. Tempat penginapan desa ada, dan sedang di tambah oleh pengusaha desa, namun masih belum mencukupi.

5. Jauh dari kebisingan kota, tetapi dekat dengan alam, sesuatu yang di cari oleh orang bandar.












Jadi, jika ada kelapangan masa di sini, boleh lah singgah ke Pekan Sematan, pekan yang memang kecil namun sesuailah dengan penduduk Sematan yang tidak ramai. Apabila orang Kuching datang, barulah tempat ini macam lubuk rezeki dan tak menang tangan. Di sebabkan pekan kecil, bolehlah mencuba gerai gerai makanan di sini, seperti biasa tidaklah dapat menandingi masakan orang Kuching, namun bolehlah untuk mengalas perut dan mencuba kelainan di sini.

APA YANG TIDAK DAN JANGAN BUAT DI TELOK MELANO!

Yang datang di sini, tolonglah jangan buang sampah di sini, di pantai ini dan juga di jalan raya. Mari kita jaga sama-sama kebersihan di sini, kami sempat mengambil gambar sampah bertaburan di pantai dan ada juga pengusaha jualan di sini mengutip sampah dan membersihkan pantai. Semoga kita beringat semua akan pentingnya menjaga khazanah alam ini. 




 Sampah yang di buang oleh pengunjung pantai


Sebelum kembali ke Kuching, kami singgah ke Lundu untuk sarapan pagi, jauh nya dari simpang Telok Melano cuma 3 km sahaja, kami pun perkena teh tarik dan roti canai di tempat biasa kami pergi jika ke Lundu. Selesai makan, kami singgah ke pasar tani Lundu, pelbagai sayuran di jual di sini dengan susunannya amat menarik dan kemas oleh para penjual.










Menarik kan, perjalanan ke sini?

Post a Comment

My Instagram

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes