KOTA KINABALU & KUNDASANG!


Bila di sebut Sabah, apa yang terbayang di fikiran kita?

Sabah antara negeri yang bukan sahaja terkenal di dalam Malaysia kerana produk pelancongan dan tarikan destinasinya, malah dunia amnya mengenalinya kerana pantainya yang masih terpelihara baik selain pemandangan alamnya yang menakjubkan.

Siapa yang belum pernah ke Sabah, cubalah datang ke sini dan melihat sendiri bumi yang indah ini. Kalau boleh menginap lah semalam di Kundasang, dan lebihan malam di Kota Kinabalu, anda akan menikmati Sabah secara umumnya berbanding hanya menginap di Kota Kinabalu.

Di Sabah, terutamanya di bandaraya Kota Kinabalu, banyak hotel penginapan dari bajet sehinggalah hotel 5 bintang. Di setiap laluan, pasti ada hotel, dan pastinya makanan laut di Sabah antara yang termurah di Asia. Anda boleh makan makanan laut, pilih sendiri apa yang hendak di makan, dan mereka akan masakkan untuk anda. Ya, memang berbaloi untuk makanan laut di sini.


 Makan malam di sini, pelbagai makanan laut dan pilihan masakan.




Di Kota Kinabalu, bandarayanya tidaklah terlalu besar, kita boleh menerokai bandarayanya, jika kita menginap di hotel, sebenarnya kita boleh saja berjalan kaki menuju ke Pasar Filipino, Pasar Malam Sinsuran, dan pelbagai tempat lagi di sepanjang tepian laut China Selatan. Kota Kinabalu merupakan bandaraya yang sibuk, kepadatan kenderaan terutamanya semasa cuti sekolah dan waktu pejabat. Berjalan-jalan di bandaraya ini, tidak memenatkan dengan pemandangan laut di bandaraya ini, selain penduduk di sini tidak kurang ramahnya.

Jika kita hendak mendasari jauh sedikit dari Kota Kinabalu, kita memang memerlukan kenderaan untuk ke sana, seperti ke Aquarium UMS, Pantai Tanjung Aru, Masjid Negeri Sabah dan lain-lain tempat. Bagi yang nak ke pantai, boleh ke Jeti Jesselton di mana di sini lah bermulanya perjalanan pulau di sekitar Kota Kinabalu. Antara pulau yang kita boleh pergi adalah  Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Sulug dan pelbagai lagi.

Di Tanjung Aru, di sini juga banyak gerai berniaga.


Itu baru di Kota Kinabalu, jika anda hendak ke Kundasang, satu tempat yang popular di Sabah, yang wajib pergi jika ke Sabah. Dari Kota Kinabalu, jika pemanduan perlahan dan kurang mahir dengan jalan di Sabah mungkin mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang, amat risiko juga sebenarnya, apabila sudah menuju ke Kundasang, jalannya satu lorong dan beralun-alun, sekejap naik bukit, sekejap turun bukit dan ada kalanya macam membuat pusingan di jalan. Ya, kalau pertama kali memandu ke Kundasang, bawa perlahan-lahan ye, walaupun no kenderaan sewa itu ‘plate’ Sabah belum tentu lagi kita jadi orang Sabah bah! Jika tidak suka memandu, boleh gunakan travel agency sahaja, biar kita melancong dengan gembira kan….dan boleh tidur semasa ke Kundasang.

Sebenarnya, jika kita tidur dalam kereta semasa ke Kundasang, satu ‘moment’ yang indah kita akan lepaskan. Ya, ketika kita melalui beberapa tempat, kita akan lihat betapa bumi Sabah ini di kelilingi banjaran Crocker, dan yang menariknya, di persisiran banjaran ini di diami oleh penduduk di sini, dan sudah tentu ini memberikan keindahan pemadangan yang amat mendalam dalam jiwa kita, apalagi yang datang adalah orang kota yang penuh dengan bangunan dan hiruk pikuk kota. Di sini, anda tidak akan merasa jemu dengan kehijauan, kenyamanan angin bayu, awan-awan mengelilingi banjaran, dan kabus alam.


Inilah rupa bumi Kundasang/Ranau



Apabila sudah sampai ke kawasan Gunung Kinabalu, biasanya ini tempat perhentian, dan tetamu akan turun untuk melihat Gunung Kinabalu, antara gunung yang tertinggi di Asia. Ya, jika anda pertama kali, dan sukakan pemandangan, di sinilah anda akan terpesona dengan keindahan dan kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta. Rezeki anda jika anda dapat melihat puncaknya, kerana biasanya ia di litupi awan, kerana itu, dari Kota Kinabalu, masa keberangkatanya jam 7 pagi atau lebih awal ke sini, agar sempat melihat puncak Gunung Kinabalu.

Sayur di Kundasang! Jangan lupa singgah untuk melihat sayur tanah tinggi di sini, selain itu pelbagai buah-buahan ada di jual di sini.



Ke mana kita jika ke Kundasang? Kundasang kini mempunyai banyak penginapan sama ada homestay ataupun hotel. Banyaknya homestay di sini, di mana-mana sepanjang jalan ke sini, kita akan menemui homestay dan lodge. Sudah tentu di tanah tinggi, view penginapan di sini tidak dapat di nafikan. Bagi yang pertama kali datang, tempat di sini sejuk dan mendamaikan, malah jika anda menginap di sini, Kundasang, jangan cakap nak mandi, nak berus gigi dengan air sejuk pun terasa sangat sejuknya air umpama air terjun dari gunung. Ya, betul-betul mencabar ne ketika hendak ke bilik mandi!






Belum ye, kita ceritakan ke mana nak pergi jika ke Kundasang…eh…lupa kita nak ceritakan. Jika berada di Kundasang, wajib kita pergi ke Desa Cattle Farm. Bayaran Cuma RM5 sahaja dan bayaran ini kita tengok lembu ye….he..he…lembu mesti ‘gembira’ apabila kita sanggup bayar RM5 untuk tengok lembu..alahai….Bukan lembu sahaja ada di sini, ya memang lembu, di sini ada produk tenusu lembu seperti air coklat dan fresh dairy selain keju. Lupa satu ice cream, maka beraturlah segenap manusia untuk merasai air susu lembu yang segar dari lading, sambil melihat lembu-lembu bersaiz dinausar di sini. Bagi pertama kali datang, takjub juga ye….Sekarang, di sini juga ada café makanan, boleh saja minum pagi di sini ye, kemudian boleh menyusu lembu dengan perasaan riang.











 Proses pembungkusan susu segar

Takkan ke Kundasang, ke ladang lembu sahaja? Kita juga boleh ke ladang teh, kolam air panas, Luanti Fish Spa, ladang arnab dan kucing, Memorial War Park dan pelbagai tempat lagi (jika berminat boleh cari Bestway Tours & Travel Sdn Bhd untuk pakej lengkap dan jadual lawatan ye)

Baik, sebenarnya nak cerita tentang Ladang Teh di sini, ketika mulai sampai, kita akan mendengar bunyi yang amat bingit sekali, bunyi itu datang dari cengekerik, dan entah berapa banyak cengkerik di sini yang menghasilkan bunyi yang kuat ini. Oleh itu, cengkerik ini di abadikan replikanya di pokok di sini.










Di sini juga ada café makanan, boleh cuba minum petang di sini sambil menikmati cucur pisang emas. Jarang kan kita dengar orang buat cucur guna pisang emas, namun rasanya enak juga..layan sahaja….Di sini lah tempat membeli the pelbagai perisa, sama ada nak bawa balik atau nak hadiahkan buat keluarga dan kawan-kawan.

Jika sudah sampai di penginapan, dengan pemandangan yang mendamaikan hati, bangun esok paginya, cuba lihat di luar atau di beranda, kita akan lihat pelbagai sepsis rama-rama dan kupu-kupu di sini ataupun binatang lain yang jarang kita ketemui di kota batu bata. Di sini semuanya hijau dan asli. Walaupun ramai yang datang ke Kundasang dan Ranau, café makanan di sini tidak lah sampai lewat malam, jam 9 malam, pekan ini sudah sunyi, barangkali semuanya sudah tidur kan…esok nak ke ladang ternakan dan tanaman barangkali…jadi janganlah cari tempat makan jam 10 malam ye…esok pagi sahaja makan ye…lagi pun jalan raya sudah gelap di sini.

Cukup perkongsian ini, untuk menjadikan motivasi hari ini untuk ke Sabah satu hari nanti, bagi yang belum pernah menjejak kaki di Sabah.



Jangan lupa ole-ole di Sabah seperti kuih cincin sabah (kena sebut sabah, sebab di Kuching, Sarawak pun ada kuih cincin), amplang dan produk lainnya. Di mana nak beli amplang, di KK or di Kundasang, jawapan itu kami terpaksa rahsiakan, begitu juga di mana nak beli the sabah, sama ada nak beli di ladang the atau di mana? Itu pun kami rahsiakan, kerana harga kadang-kadang apabila kita membelinya di tempat khusus adakalanya lebih mahal lagi.

 Bagi yang berminat ke Sabah, boleh whatsapp ke www.wasap.my/60134462377 (Bestway Tours & Travel Sdn Bhd, berpengalaman lebih 8 tahun mengendalikan pengembaran di dalam dan luar negara)

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manfaat bagi yang hendak ke Sabah.



x

Post a Comment

My Instagram

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes