Singapura : Kota Batu Dalam Taman


Singapura : Kota Batu Dalam Taman.

Singapura terdiri daripada 5.7 juta rakyat sahaja. Dengan bilangan ini dengan negeri pulau yang kecil dalam peta dunia. Dulu Singapura hanya berskala 500 km persegi, dengan penambakan, saiznya lebih kurang 720 km persegi sekarang. Betul, negara ini tidak besar, namun nama Singapura bukan asing dalam peta dunia.

Dahulu, Singapura adalah sebahagian dari Malaysia selama 2 tahun lebih, jika kita membuka lembaran sejarahnya, namun pada tahun 1965, Singapura telah menjadi negara yang terpisah dari Malaysia. Jika hendak di ceritakan sejarah ini, mungkin agak panjang dan ‘panas’. Kita tinggalkan cerita panas ini kerana sebenarnya kita hendak bercerita mengenai apa yang kita boleh pelajari dari Kota Singa ini.

Jika anda pertama kali ke Singapura, kemungkinan besar anda tidak dapat merumuskan 'rupa bentuk' Kota Singapura.

Singapura begitu gah dengan bangunan tinggi dan mempunyai rekabentuk arkitek yang tinggi. Bangunan di Singapura memiliki alur arkitek yang unik di setiap bangunan gah di kota, seolah-olah rekabentuk yang unik dan menarik menjadi kewajiban dalam pembinaan bangunan di Singapura.




Dalam terpesona kita melihat bangunan yang pelbagai bentuk, warna di Singapura, dengan keunikan setiapnya, kita jangan lupa akan kehijauan yang mereka pelihara sebagai aset berharga negara mereka.

Produk pelancongan mereka mencerminkan betapa alam tidak di pisahkan dalam aspek penting pembangunan kota Singapura. Seperti di Resort World Sentosa, malah di setiap jalan mereka juga di kelilingi tanaman. Jangan terkejut, jika kita menemui pokok kecil di Singapura mempunyai sarang burung!


                                        
       (Pokok kecil ini, jika di perhatikan secara 'zoom' ada sarang burung di dahannya)

Singapura di didik dengan amalan kebersihan (sama ada mereka melaksanakan amalan kebersihan di sebabkan undang-undang atau sebagai amalan kehidupan- itu cerita lain), walaupun di katakan pembuangan sampah di Singapura di kenakan sama sehingga beratus dolar, merupakan faktor kebersihan Singapura, namun 'tujuan'   undang-undang sebegitu menjadikan Singapura antara negara terbersih di dunia. Memang tidak di nafikan, amat susah kita hendak melihat sampah di kota ini. Bukan itu sahaja sebenarnya, pengurusan sisa pepejal Singapura juga amat baik, kerana itu kita tidak menghidu bau yang tidak menyenangkan di sini, melainkan udara segar di sebalik tanam-tanaman mereka terutamanya di dalam produk pelancongan mereka.





Contohnya, jika anda ke Garden by the Bay, anda akan lihat harmoninya alam dengan produk pelancongan mereka, taman-taman yang mereka wujudkan menampakkan nilai alam dalam konteks bersahabat dengan alam. Udara yang segar dengan pemandangan yang indah cukup membuatkan kita terpesona dengan Singapura. Garden by the Bay memberikan suatu nilai dalam konteks memelihara alam dalam memanfaatkan teknologi kepada kuasa.

Singapura juga masih mengekalkan sejarah mereka dengan memelihara bangunan sejarah, termasuklah sebuah kampung yang bernama Kampung Glam, yang kini menjadi tarikan pelancongan di sini.



Kampung Glam, di bina 160 tahun dahulu oleh Sultan Ali, anak Sultan Hussein Shah, Sultan Melayu di Singapura semasa itu. Kampung Glam ini dahulu tidak jauh dari persisiran pantai, sebuah perkampungan nelayan yang kecil, sebelum tanah di tambak sehingga luasnya kawasan ini seperti hari ini. Di ceritakan pada abad ke-9, kampung ini di diami oleh etnik dengan pengaruh daripada bangsa Melayu dan Arab yang kuat. Di perkampungan ini, mereka menjadi pedagang pelbagai produk tradisional Arab-Muslim dan barang dagangan lainnya.

Bugis Street


Mungkin di sebabkan Singapura tidak sebesar mana, pengurusan bandar di sini amat baik, dengan infrastruktur  dan  kemudahan yang berteknologi di tawarkan.

Jika anda ke Singapura, anda tidak akan menemui perumahan seperti di Malaysia, warga Singapura tinggal di apartment dan kondominium di sini  Dengan negara pulau yang kecil, tiada tanah yang boleh di jadikan perumahan dengan rakyat yang ramai. Kebanyakkan atau semua warga Singapura berdiam di dalam 'bangunan kota'.

Biasanya pelancong dari Malaysia atau Asia akan bermalam di Johor untuk ke Singapura. Perjalanan melalui 2 imigresen yakni Imigresen Malaysia dan Singapura mengambil masa mungkin kurang 1 jam atau jika di waktu puncak boleh mencapai 2-3 jam, masa ini termasuklah trafik di laluan masuk Johor-Singapura dan juga semasa beratur di imigresen nanti.

Singapura, sebuah negara kecil, yang berjiran dengan Johor kini membangun sebagai sebuah negara yang mempunyai kelainan tersendiri. Percayalah, pertama kali anda ke sini, akan terasa satu kelainan dalam pengembaraan.

Jom berjalan, jauh mengembara meluaskan pemikiran dan pandangan.

Bahtiar b Haji Mahidin
(penulis baharu sahaja balik dari Singapura menguruskan kumpulan pelancong dari Kemboja yang kembara di Johor, Singapura dan Kuala Lumpur bersama Bestway Tours & Travel Sdn Bhd)

Post a Comment

My Instagram

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes