LUNDU, Nasi Ayam Goreng dengan 2 Paha!

LUNDU, Nasi Ayam Goreng dengan 2 Paha! 

Catatan ini di tujukan khas buat mereka yang belum pernah menjejaki kaki di Lundu. Lundu terletak lebih kurang 55 km dari Kuching, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit sehinggan 2 jam dengan pemanduan yang santai, dan adakalanya laju. 

Kami bertolak dalam jam 11 pagi dari Kuching menuju Lundu dan sampai di sana sudah tengahari, dan singgahlah kami makan tengahari di pekan Lundu. Tidak banyak tempat makan di sini, memandangkan penduduknya juga tidak ramai. 

Kami tidaklah mempunyai perancangan yang sempurna untuk trip ke Lundu, jika ada penginapan, kami akan bermalam semalam, jika tiada, kami akan balik hari. Walaupun begitu, doa kami tetap ada agar kami tak balik hari.

Setelah makan tengahari di Warung Hj....kami terus ke Gunung Gading National Park untuk bertanyakan jika ada bilik kosong. Alhamdulillah, ada beberapa bilik kosong (sebenarnya sebelum ini kami dah call tempat ini, dan sepatutnya dah full booking- tetapi rezeki kami ada yang cancel booking)


Bilik boleh memuatkan 4 orang dewasa.

Penginapan dengan 4 bilik dan tandas di bahagian luar.

Chalet ini RM160 semalam, sebab kami cuma berdua, kami cuma ambil bilik style dorm, lagipun kami cuma menginap semalam sahaja.


Kami berehat dan menunaikan solat zohor. Selepas asar, kami keluar menuju pekan Lundu, tujuannya untuk mencari selipar jepun dan sabun mandi. Kami menuju ke sebuah kedai dalam pekan Lundu, kedai pertama yang kami pergi, tiada di jumpai selipar jepun, kami pergi ke kedai kedua, juga tidak menemui jejak selipar jepun, akhirnya kedai ketiga tidak menghampakan kami, Akhirnya kami berjumpa dengan selipar jepun di kedai ketiga. 

Kedai Pasaraya di Lundu

Mungkin pembaca nak tahu apa yang ada di Pekan Lundu. Pekan Lundu sebenarnya kecil, menempatkan sebuah bank yakni bank RHB, ada Sugarbun, ada kedai hardware, ada kedai makan baru dan kedai runcit dan kedai makan. Mungkin ini sudah cukup untuk pekan kecil ini. Betabahlah!

Malamnya kami singgah makan di tempat baru, semacam premis makan dengan banyak lot kedai makanan. Kami cuma sempat ambil gambar makanannya sahaja, sehingga lupa nak ambil gambar premisnya. Lihatnya nasi ayam goreng ini dengan 2 paha ayam, pertama kali kami jumpa sepanjang kami hidup di dunia.

Nasi Goreng Ayam dengan 2 Paha Ayam

Nasi Daging Paprik ala-ala Lundu


Apa lagi yang ada di Lundu? Ya, di sini ada Gunung Gading National Park, menginap di sini, kita boleh merasai udara segar sehingga kita boleh melupakan perkara-perkara rutin hidup kita. Menikmati alam di sini amat memberi makna buat pencinta alam, tetapi tidak buat generasi televisyen. Di sini tiada televisyen di dalam bilik penginapan. Kita juga boleh mendaki gunung Gading dengan panduan trek jalan kaki menuju ke air terjunnya atau melihat Bunga Raflesia, bunga yang paling besar di dunia. 

Di Lundu juga ada Pandan Beach, dan di sepanjang Pandan Beach ini mempunyai resort dan kem-kem persendirian seperti Siar Beach Resort, Rock View, dan lain-lain. Di sini juga terdapat homestay dan rumah inap bagi menampung keluarga yang ramai. Mungkin, pelancong dalam negara dan luar tidak datang ke sini secara bulanan, namun dengan adanya program di Lundu, ramai akan datang di sini bersama keluarga, malah menikmati percutian bajet serta melepaskan kelelahan di Bandar Kuching. Bunyinya agak menarik dan sesuai untuk penduduk tempatan.
Keindahan Pandan Beach


Sudah pasti ada lagi kisah menarik di Lundu, yang pastinya ramai di antara kita sudah ke sana.

Setelah pulang ke Lundu, kami menuju Sematan, melalui 20 km lagi dan sampailah di Pekan Sematan. Melihat pemandangan di jetty Sematan, tempat ini memang indah, namun kami tidak dapat apa yang kami hajatkan. Tiada ikan! Kami pulang hampa tanpa ikan.


 Perjalanan menuju ke Sematan


Jetty di Sematan

Pemandangan di Sematan


Sekarang kembali ke Kuching, dan kami singgah di Kampung Stunggang Melayu, tempat penduduk kampung menjual produk tempatan. Di Kuching, mungkin sebahagiannya ada di jual cuma berbanding harganya, amat jauh lebih murah. Jadi, jangan lupa memborong bagi peminat produk desa tempatan.

Produk desa di Kampung Stunggang Melayu


Akhirnya kami sampai di Kuching, dan dari awal lagi kami sebenarnya mengira berapakah wang yang kami habiskan untuk percutian semalam di Lundu. Berapakah agaknya? Kami kongsikan buat pembaca semua, semoga sedikit sebanyak menjadi panduan bagi yang pertama kali hendak ke Lundu.

Untuk pengetahuan, kami pergi berdua, jika ada membawa anak-anak, anggarkan lah berapa ya...

(Harga di bawah untuk 2 orang dewasa)

Minyak kereta 1.0 cc RM 30
Kacang jajan (makan dalam kereta)                        RM 17
Makan tengahari (lauk) seusai sampai                       RM 21
Entrance Fee Gunung Gading National Park              RM 20 (RM10 seorang)
Penginapan semalam (dorm style) RM 40
Makan Malam (nasi ayam dan nasi paprik)                RM 21.50

Esoknya, minum pagi (roti telur dan teh tarik)           RM 9
Singgah Kpg Stunggang Melayu (Beli produk desa)       RM 41

Jumlah semua adalah RM 159.50

Selamat Meninjau ke LUNDU!



Post a Comment

My Instagram

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes