DI SEBALIK BENGOH DAM (TEMPAT HIKING DAN AIR TERJUN)

 Di Sebalik Cerita Bengoh Dam

Bercerita tentang terbinanya Empangan Bengoh, sebenarnya juga secara tidak langsung menceritakan 'runtuhnya dan tenggelamnya' sebuah perkambungan. Suka atau tidak, inilah hakikatnya, sejarah dan masa lalu yang berlaku, dan masa hadapan yang di hadapi. Saya, tidaklah bercerita secara jelas apa yang berlaku, namun secara ringakasnya pembinaan Empangan Bengoh yang memberikan manfaat kepada seluruh warga Kuching bagi pembekalan air bersih seramai 2 juta penduduk pada tahun 2030, juga meninggalkan cerita tersendiri bagi perkampungan Bidayuh di sini.



Kita tinggalkan cerita itu. Di sebalik Empangan Bengoh, laluan di sini menuju ke hutan belantara yang memiliki khazanah air terjun tersendiri dan spesis tumbuhan yang 'rare'.
Inilah cerita hiking kami di sini. Bermula seawal jam 6 pagi dari rumah masing-masing, kami memandu selama 1 jam menuju ke Siburan, lebih tepat lagi pintu masuk Empangan Bengoh. Seusai sampai, mendaftar nama kami di pintu masuk, kami terus menaiki sebuah boat beratap. Takungan laluan air yang kami lalui ini adalah dahulunya adalah sebuah kampung dan bukit-bukit kecil, kerana itu kita akan lihat dahan-dahan pokok setinggi air kolam buatan ini di permukaan. Mulanya saya sendiri agak hairan, kenapa pula pokok berdahan besar boleh setinggi air di permukaan yang tingginya 82 meter lebih. Antara pokok itu adalah pokok durian dengan batang besar.
Kami melalui jalan air selama 15-20 minit, sambil menikmati panorama indah sepanjang perjalanan menyusuri kolam buatan ini (di belakang kami adalah Empangan Bengoh).






Sampai di jetty, sudah ada keluarga besar di sana menunggu dengan tour guide yang sama, berjalan seiring dengan kumpulan kecil kami. Kami mungkin lewat sedikit (sebenarnya on time), cuma masa warga Bengoh ini lebih awal..ha ha...setibanya kami, terus semuanya bergerak untuk naik ke atas, sebelum naik ke atas, kami berhenti di check point yang paling penting, yakni tandas. Sebelum naik lebih jauh, yang berhajat, mulailah bersusun dengan jarap SOP untuk ke tandas, menunggu masa ke tandas lebih kurang 15 minit juga dengan giliran tanpa nombor.
Kami menyambung semula, awalnya jalan agak rata, nampak tiada masalah, kadang-kadang ada 'naik tangga' sedikit, landai lagi, begitulah seterusnya, juga ada 2-3 titi buatan buluh yang kami 'terpaksa' lalui, titi yang agak panjang, dan 'halus', jika ada yang gayat, memang akan gayatlah. Tambahan lagi, titi itu, jika ramai yang naik sekaligus akan bergoyang-goyang, jadi SOP lagi denga jarak tertentu agar beban titi tidaklah berat dan membahayakan.




Di beritakan, di hutan ini ada 3 air terjun utama, yang paling atas, paling cantik yang di katakan ala-ala Jurassic Park (cerita ini pun aku tak pernah tengok...ha ha..), kami sampai di check point kedua, untuk mengambil angin dan rehat sebentar.
Sepanjang laluan, tertarik juga dengan landskap semulajadi, dengan buluh-buluh kecil melingkari seolah-olah menjadi bumbung laluan. Memang cantik, dan alami!
Kami teruskan perjalanan, sampai ke check point berikutnya, air terjun kedua, di sini boleh mandi, namun pesan guide kami, biar kita naik atas dahulu, kemudian turun lagi untuk mandi di sini, agar pakaian tidak berat sebab basah.
Mendakilah kami lagi, sampai kami melihat batuan besar, dan sudah tentu air terjunnya besar sehingga percikan-percikan airnya menjadikan semacam 'moist' membasahi wajah kami sebagai sambutan sampai di sini.



Untuk naik berhampiran air terjun besar, agak bahaya juga ya, sebab batu yang berlumut, agak licin. Seperti biasa, ada lagi menunggu giliran untuk mengambil gambar di tempat ala ala Jurassic Park tadi berlatarbelakangkan air terjun tinggi dan batu-batu besar.
Memang indah, pemandangan begini, alami, sejuk, segar, melepaskan tekanan kota, melahirkan rasa syukur tidak terhingga melihat ajaibnya ciptaanNya.
Saya bersama Hj Asri sebelum turun ke bawah, sempat duduk makan di tepian air, makan tengahari sebelum turun ke bawah, bak kata Hj Asri, nikmat makan sambil kaki berendam di dalam air sejuk.
Turun kami di bawah, kami mandi air terjun sebelumnya. Seusai mandi dan menyegarkan badan, kami kembali ke jetty untuk menunggu giliran bot kami.
Tidak terus balik, dalam perancangan kami singgah di homestay di Kampung Sting, menaiki laluan air, persinggahan kami ini adalah untuk solat zohor di sini, itulah sahaja niat. Walaupun begitu, kami melihat seolah-olah ada persediaan makan minum di sini, saling bertanya adakah pakej yang kami ambil sekali makan atau tidak? Semuanya saling bertanya, sehinggalah akhirnya pertanyaan itu di jawab oleh pengurusan yang mengatur program kami hari ini dan berkata memamg ada makanan tengahari di sediakan. Wow!



Kami mandi dan solat dahulu, sambil-sambil mereka menyiapkan menu masakan kepada kami, kami juga di jamu air kopi kampung yang di tanam mereka sendiri. Saya sendiri minum lebih 3 cawan kopi ini, memang lain kopi kampung buatan sendiri ini, ngam! Memang kaw!
Makan tengahari ala kampung, dalam keadaan peluh masih mengalir di wajah, antara detik manis menikmati makanan kampung di sini di sebuah homestay di Kampung Sting. Nampak ringkas menu makanannya, namun saya berani katakan, makanan ringkas kampung ini adalah 5 bintang bagi orang Bandar. Sekadar mengusik kawan-kawan, saya berkata, nanti hujung minggu, kita naik bot ke sini semata-mata untuk makan tengahari sahaja dan lepak-lepak kemudian baik ke Kuching kembali.




Satu pengalaman menarik dan unik di sini sama ada untuk orang tempatan Sarawak mahupun Semenanjung dan Sabah, atau sudah tentu orang Eropah yang sukakan cabaran dan style kampung.
Warga Bidayuh juga di kenali sebagai warga yang bersih, homestay yang kami singgah memang bersih, mereka juga menyediakan tempat untuk kami solat.
Sekadar ini sahaja catatan, ini trip kedua kami setelah misi menawan Bukit Selabat. Jika anda sudah ke Bukit Selabat, Bengoh ini tiadalah apa cabarannya. ha ha....nantikan trip ketiga kami inshAllah..trip ke-lima kami mungkin akan naik flight untuk hiking dan misi mencari air terjun.
Akhir kata, hargailah alam, juga hargailah pengorbanan dalam pembinaan Empangan Bengoh ini, bagi manfaat manusia terbanyak, semoga penduduk kampung terjejas mendapat pampasan sewajarnya.
Kuching, Sarawak
Usahawan, Aquarist, Alami

Post a Comment

My Instagram

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes